Monday, August 22, 2005

Boring...... Don't know why this word become my favourite word since the last few months. Project I'm working on is still never ending story. Boring tul.. Aku rasa baik banyak keje dari takde keje. Bukan la takde keje langsung. Ada. Tapi keje yang aku tak gemar. Supposed project ni dah bleh close. Tapi user gile punya cerewet. Nak documents semua sign. So aku dah jadik serupa 'ceti' kejar user untuk dapatkan sign. Pastu kena lak deal dengan sesetengah user yang banyak cekadak. Sign aje lah. Diorang dah guna dah pun application tuh. Tapi lagi nak argue nape spec ni macam ni macam tu. Hishhhhh. Mencabar kesabaran betul. Dah la aku memang tak suka sangat keje yang kena deal dengan orang ni. Kena cakap elok2, jaga hati user. I feel like a fake version of me. I'm not that kind of person. But I need to do it as it is part of my work... I really hope we will get a new project so we can move out from this place. Face new challenge.

Harini hari Isnin. First day of the week. Memang liat betul nak bangun tadi. Ni pon aku tengah update blog. Aku malas nak gi jumpa user. Kejap2 lagi lah aku gi jumpa. Biasa la. Nak kena susun ayat dulu. Harap2 diorang sign jer. Tak banyak cerita. Kat sini pun dah tak ramai dah. Ramai yang dah balik office. Aku la yang still dok kat sini. Stuck in herre...

Ni pun dah nak ujung bulan. Duit pun tak berapa nak ada dah ni. Aku pon tatau apsal gaji aku bulan ni mengalir macam air. Ntah apa ntah yang aku beli. Start next month aku kena plan and budget betul2 duit aku. Kalau macam ni lah gayanya... tak kawin le jawabnya. Hehehe. Asyik takde duit je. Shopping aje. Biasa la pompuan.... Cakap pasal shopping ni, aku memang suka gak shopping. Tapi bila terkenangkan duit, terpaksa la dilupakan. Beli pun pilih2 yang murah jer. Tapi jeles la aku tengok orang shopping macam2. Tapi yela sebab aku skang ni kena bayar hutang. Tu yang berat dah sket. Hutang keta, hutang PTPTN. Fuhh muda2 lagi dah berhutang. So window shopping je la jawabnya. Tapi best gak window shopping sebab bleh ushar trend baru. Tak beli pon takpela asalkan tau....

1 comment:

LMj said...

tak pe deq... tu lom tambah utang credit card. lagi haru... hehehe