Tuesday, February 14, 2006
Tak Sihat
Harini tak berapa sihat. Macam nak demam. Maybe jugak nak kena demam selsema. Tekak terasa perit yang amat. Kepala rasa berat dan pening aje. Dok kat office ni pon rasa sejuk jer. Siap bawak sweater lagi. Selama ni tak pernah rasa sejuk pun kat office ni. Panas ada la. Ingat dah tak bleh datang keje pagi tadi. Kena ambik MC. Tapi nampaknya still bleh lagi berjalan dan larat lagi datang keje. So aku pon datang la ke opis tapi lewat sket dari biasa. Takpe sebab aku dah hari-hari datang awal. Sekali sekala datang lambat apa salahnye.
Monday, February 13, 2006
Sick and Tired
Sometimes I'm sick and tired dengan kerenah manusia. Dari pengalaman-pengalaman aku sendiri yang seciput and together with orang lain punya experience, aku dapat mengenali macam-macam jenis perangai manusia. Tapi kadang-kadang aku busan dengan perangai certain-certain orang. For example, ada setengah individu ni. dia terasa dia macam Profesor Serba Tau. Apa yang kita tengah bincang atau cakap atau cerita, dia pun tau. And sometimes, siap nak tegakkan benang yang basah. Aku bila berdepan orang yang macam ni aku lebih suka benti dan senyap aje sebab kita takkan menang punya la. Dah banyak jugak aku jumpa orang camni. Terasa macam kita ni teruk sangat atau buduh sangat sebab apa yang kita cakap ada aje yang nak dibetulkan. Macam lah dia tu sentiasa betul jer. Cakap pasal masak, dialah yang pandai. Cakap pasal kereta, dialah yang tau pasal keta. Cakap pasal family, dialah yang tau pasal hal-hal kekeluargaan. Cakap pasal entertainment, dia jugaklah yang juara. Hmm entahlah. Maybe semua orang nak tunjuk "kecerdikkan" atau "kebijaksanaan"masing-masing. Tapi tulah kerenah manusia atas dunia ni.
Isnin 13 February 2006
Dah lama tak update blog. Takde mood dan taktau nak tulis apa. Actually I'm not a good writer. Masa zaman sekolah dulu pun, kalau kena buat karangan cerita rekaan, aku memang takkan pilih sebab aku takde imaginasi yg tinggi. Aku prefer karangan fakta seperti kebaikan kekurangan atau yang seangkatan dengannye. Skang ni plak orang tulis blog, aku pun kononnye nak ada blog sendiri tapi malas nak tulis. So ni lah yang terhasil. Apa yang aku dok merapu kat blog aku selama ni aku pun tatau. Harini 13 Feb 2006. Esok 14 February 2006. Bagi yang selalu sambut Valentine Day, harini mesti dok tengah sibuk2 pikir the best gift or the best restaurant for a candle light dinner tomorrow's nite. For me, aku memang tak penah sambut. Takde pekdahnye. First sekali sebab bukan budaya kita sbenanya. Then, buat habiskan duit jer. Banyak lagi hari lain yang boleh meraikan relationship. Setahun ada 365 hari, kenapa 14 Feb jugak yg dipilih. Hari lain kan ada. Contohnya hari jadi atau hari anniversary or etc. Tapi terpulanglah pada diri masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)