Friday, August 26, 2005

Best la harini. Mood aku ok. Pertamanya sebab esok Jumaat. Cuti. Hehee. Esok nak gi kenduri opismate (Kak Huz) kat Seremban. Selamat pengantin baru... Then secondly tadi aku terserempak dengan member sekolah lama! Dah la aku dah lost contact. Phone number semua dah takleh pakai. Dalam dua tiga harini gak aku memang tetiba teringat kat member2 sekolah lower form. Dulu masa sekolah menengah aku belajar dua sekolah. Satu sekolah harian biasa kat Ampang sampai form 3, then asrama kat Cheras sampai form 5. Member2 form 5 still contact. Member2 lower form yang dah lost contact. Tetiba tadi terserempak. Aku kat seberang jalan sini, dia seberang jalan sana. Dari jauh aku nampak macam kenal je minah ni. Tapi gaya dia dah lain. Tu aku tak sure sangat. Tapi dia menoleh ke arah aku. Aku pon terus lambai. Betul lak dia. Hehhe. Terus aku lintas then ambik nombor phone lah. Happy gile. Rindu ngan member2 lama. Then sampai lak kat opis, member lower form gak call. Sembang2. Okla kan. Memang dalam minggu ni terasa macam nak contact je semua member lower form. Tapi tu lah, susah gak nak jejak balik. Tapi takpe. Kalau ada masa aku try contact lagi yang lain...

Then cuti yang aku apply pun approve. Bestnye cuti 2 hari. Ingat nak ajak mak ngan ayah gi shopping raya. Tak shopping lagi nih. Kang dah puasa tak larat lak. Lagipon awal bulan gaji tengah banyak lagi. So bleh ler belanja diorang sket-sket. Diorang pon nak gi haji lepas ranya nanti. Nak carik kelengkapan nak gi haji sekali. Tapi tatau la diorang nak gi haritu ke tak. Tapi takpelah. Yang penting aku dapat cuti dan rileks. Tapi next week manager aku suruh settlekan sebanyak mungkin keje aku before cuti. I hope I can clear the documentations sign off as soon as possible.

No comments: