
Aku dijangka melahirkan pada 11 September 2008. Walau bagaimanapun, pada pagi 5 September 2008 iaitu bersamaan hari Jumaat, perut aku terasa sakit. So, aku pun bangun macam biasa dan mandi. Husband pon tengah bersiap-siap nak ke tempat kerja. Selepas mandi, aku nampak ada setompok darah pada seluar. Aku pun apa lagi, siap-siap nak ke hospital. Sampai hospital, aku dimasukkan ke labor room. Dok dalam setengah jam, then doktor sampai. Masa tu contraction pon lemah dan baru bukak 1cm. So doctor suruh masuk wad dulu.
Dalam wad, mula-mula sakitnye still tak kuat. Tapi start pukul 11 pagi, contraction makin kuat. Sehinggalah pukul 2 petang, aku mengalami contraction yang sangat kuat. Nurse datang. Bila tengok keadaan aku tu, dia terus inform doctor and aku kena masuk labor room balik. Masa ni, aku memang dah tak sedar sangat dah sebab sakit sangat. Doctor check lagi, bukaan baru 5cm tapi contraction nye kuat sangat. Doctor pecahkan air ketuban. Air ketuban pon dah bertukar kaler. Tak lama lepas tu, aku antara dengar tak dengar, doctor cakap, "Izan, kena operation lah. Baby dah lemas." Aku tak kata apa. Ikut ajelah. Lagipon husband ada kat situ. Biar dialah decide.
Lepas tu, aku pon dibawa ke operation room. Kat sana, macam-macam lah diorang buat termasuklah bius. Aku pon taktau lagi apa yang diorang buat. Tapi yang pastinye, semuanya tak rasa sakit sebab rasa contraction tu mengatasi sakit-sakit yang lain.
Tak lama lepas tu, tepat pada pukul 3.10 petang 5 September 2008 bersamaan 5 Ramadhan 1429 aku pon dengar tangisan pertama baby aku.... and doctor pon cakap, "This is your baby. Kiss your baby". Aku pon dalam keadaan lemah terus cium pipi baby Rayyan.. Then aku terus terlelap keletihan.
No comments:
Post a Comment