Friday, November 10, 2006

Away Day @ PD


Dah masuk minggu ketiga kita berada di bulan Syawal. Sekejap aje rasa. Rasa macam baru aje start puasa, tau tau dah raya dah pun dan dah nak abis dah pun bulan raya. Cepat betul masa berlalu. Dari tahun ke tahun, tak terasa peredaran waktu. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua.



Hmm, first day datang keje lepas raya, memang mood nak keje takde langsung. Terbawak bawak sampai harini hehe. Teruk tul. Tapi buat la jugak keje. Bukan lah tak buat. And then last weekend, on Saturday our department ada buat away day, also called Front Office-Engineering Away Day kat Port Dickson. Expected seramai 30 orang but only 14 peoples can make it. Tapi okla dari takde langsung. Kitorang stay kat Corus Hotel for satu malam. Ahad pagi, we went back to KL. Maybe in one or two days more. Ada banyak aktiviti. Yang paling best sekali naik banana boat. Fuhhhh rasa macam nak tercampak je kat tengah2 laut tu. Balik dari PD, 3,4 hari jugak la sakit2 badan ni especially lengan sbb pegang kuat2 masa naik banana boat tuh. Hmm then ada team building and telematch. Aku dapat first prize for first telematch. Dapat toaster oven satu. Telematch nye kena teka sape owner of the interest yg pelik2 yg org lain taktau. Luckily, aku dapat teka 5 out of 13. Hmm I wondered since when I can read other peoples mind ;) Then, at night we were supposed to have BBQ dinner at beach tapi ujan la plak. So cancel, kena la dinner indoor aje. Kurang best la cket macam lunch aje. Tapi okla. Kenyang jugak. Then lepas dinner, diorang ajak karaoke. Aku malas sebenanya tapi diorang kata tak sporting la apela. Last2 aku join jugak la. So dengar la mereka "menyumbangkan" lagu memasing. Then balik ke bilik ready untuk tido.... Esoknye pepagi bangun gi bekfes, packing nak balik KL tumpang trainee dari Uni Petronas nih Aziezie. Sampai kat opis tengahari dan bergerak pulang. Sila lawat photo gallery untuk lihat gambar-gambar yang telah diambil.

No comments: