Wednesday, August 30, 2006
Malam Merdeka
Harini 30 Ogos 2006 pukul 7.30 malam, aku masih setia di sini di meja office mengadap PC untuk menyiapkan keje. Bukan takleh siapkan Jumaat, tapi ada keje lain dah menunggu turn. Semuanya urgent. So stay ajelah. Takde la terpikir pikir masa cuti esok. Bila stay back ni, perut pon cepat lapar. Berlagu lagu dalam perut ni. Nasib baik tadi gi cafe jap beli kuih sket. Kenyang la kejap sehingga nak tunggu time balik. Tau tau ajela Cyberjaya ni susah nak carik makan hehe. Department aku ni pon, memang meriah petang petang. Masih ramai lagi yang tak balik. Tak terasa sangat takde orang. Memang rajin rajin staf dept aku nih hehehe. Aku sebagai orang baru lagi la. Kena la tunjuk rajin jugak heheh. Okla lastly nak wish semua Selamat Hari Merdeka ke 49.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment