Wednesday, September 14, 2005

Dah lama tak update blog ni. Dua minggu ni aku tak sehat. Start dari masa aku cuti haritu. So cuti aku haritu tak best sangat lah. Mula-mula aku pening. So pegi la klinik. Doktor kata aku demam rupanya. So dia bagi lah ubat demam, antibiotik dengan ubat sakit kepala. Aku tak kerja tiga hari Isnin sampai Rabu. Khamis masuk keje balik. Then Jumaat aku sakit perut. Aku syak angin sebab petang tu aku beli coffee iced. Malam tu merana gak ler. Nak baring rasa macam nak termuntah je isi perut. Then Sabtu ok dah. So aku ingat dah hilang le angin tu. Tapi Ahad aku kena balik sakit perut tu. Nasib baik pagi Isnin tu ok sket. Aku gi klinik dekat Menara Bumiputera tu. Doktor tu kata rupanya aku overdose ponstan. Apa lah doktor yang aku gi haritu. Aku mana la tau ubat sakit kepala tu ponstan. Kiranya aku dah terlebih makan ponstan. Ponstan tu produce gas dalam perut. That's why rasa macam nak muntah jer. Sekarang ni dah tiga hari aku makan ubat untuk kasik baik balik perut. Makin hari makin kurang dah sakit. Alhamdulillah.... Sekarang ni bleh la fokus balik buat keje. Masa tak sihat haritu buat keje pon tak bape bleh fokus sangat sebab menahan sakit.

No comments: